.jpg)
Beliau mengambil jurusan Bachelor Pengajian Perniagaan di University of Pennsylvania antara tahun 1970 dan 1975 sebelum menyambung pelajaran di peringkat Master dalam bidang Pengajian Timur Tengah di University of Michigan 1988. Beliau telah memeluk islam pada tahun 1972, dan menukar nama beliau kepada Amina Wadud sebagai menunjukkan tanda ketaatan kepada agama. Beliau telah menyambung Ph.D dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam di University of Michigan pada tahun 1988 sebelum berhijrah ke Mesir dan mengambil jurusan pendek dalam Bahasa Arab di University America of Cairo, Pengajian Al-Quran dan Tafsir Hadis di Darul Ulum, Universiti Kaherah serta beberapa jam kredit dalam bidang Falsafah di Universiti Al-Azhar.
Beliau pernah bertugas secara kontrak di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sebagai Professor dalam bidang Quran dan Tafsir pada tahun 1988 hingga 1992 sebelum bertugas secara kekal di Virginia Commonwealth University sebagai Professor Pengajian Islam sehingga tahun 2008. Beliau pernah mencetuskan kontroversi diantaranya mengimamkan solat jumaat di Episcopal Cathedral of St. John the Divine yang mengundang kecaman dari pelbagai pihak.