Tuesday, September 28, 2010

Datuk Dr. Mashitah Ibrahim

Dato' Dr. Mashitah Ibrahim
Dilahirkan di Kedah Darul Aman dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultanah Asma, Alor Star dan Sekolah Taufiqiah Pondok Shaikh Yahaya Junaid, Padang Lumat, sebelum melanjutkan pelajarannya di Maktab Mahmud, Kedah dan seterusnya Universiti Al-Azhar dalam bidang Sarjana Muda Syariah Islamiyah pengkhususan Tafsir dan Hadis pada 1987. Menyambung Master dalam bidang yang sama di Universiti Al Azhar Kaherah dan Doktor Falsafah (Phd) di Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir.

Beliau telah melengkapkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang 'Revealed Knowledge and Heritage' pada tahun 1992 dan menjadi pembantu Profesor di Jabatan Quran dan Sunah Kuliyyah Wahyu dan Sains Kemanusiaan selain meluangkan masa sebagai penceramah dan jua pendakwah.


Datuk Dr. Mashitah merupakan pelajar wanita Malaysia pertama memperolehi Ijazah Kedoktoran Kelas Pertama (Syaraf Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) dari salah sebuah universiti terkenal di Mesir, iaitu Universiti Kaherah pada tahun 1997. Pada 27 Mac 2004, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri dalam bidang Hal Ehwal Islam selepas memenangi kerusi parlimen Baling.  Beliau mengangkat sumpah pada 31 Mac 2004. Seterusnya, pada 14 Feb 2006 beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri hingga sekarang dalam Portfolio Hal Ehwal Islam. Beliau juga merupakan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Pahang dan Senator selepas gagal menawan kembali kerusi parlimen Baling dari PAS pada pilihanraya 2008.


Sebagai menghargai sumbangan dan jasanya sebagai pendakwah, pada 23 Oktober 2000, beliau telah dianugerahkan pingat Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’, daripada Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. Seterusnya pada 22 Januari 2006 beliau telah dianugerahkan pingat Dato’ Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Dato’, daripada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

No comments:

Post a Comment