Dilahirkan pada 23 Mei 1969 di Nazareth, beliau merupakan ahli parlimen Arab-Israel di Knesset mewakili parti Balad. Merupakan warganegara Arab-Israel dan merupakan ahli parlimen wanita arab pertama yang mewakili parti berunsur nasionalism arab di Israel. Terpilih pada tahun 2009 atas kuota bangsa arab di Israel.
Haneen Zoughbi mengambil jurusan Sarjana Muda Sastera Falsafah dan Psikologi di Universiti Haifa, Sebelum memperolehi Master dalam bidang Komunikasi di Hebrew University of Jerusalem. Beliau juga merupakan pelajar arab pertama yang berjaya lulus di universiti tersebut dan merupakan orang yang pertama menubuhkan kelas media di sekolah arab di Israel. Beliau juga pernah bekerja sebagai guru matematik sebelum menjadi nazir di Kementerian Pendidikan.
Beliau menyertai Parti Balad pada 2001 dan pada 2003, menubuhkan I'lam - Pusat Media untuk Arab Palestin di Israel sebelum meletak jawatan pada 2009 untuk memberi fokus pada politik. Pada pilihanraya 2009, beliau telah berjaya memenangi satu kerusi yang diperuntukkan untuk kuota Arab selepas Husniyya Jabara dan Nadiya Helw yang mewakili Parti Likud.
Zoughbi yang masih bujang ini merupakan seorang ahli parlimen pembangkang yang vokal dalam mengkritik dasar-dasar Kerajaan Haram Israel yang nyata berat sebelah terutamanya pada bangsa arab. Beliau juga enggan berdiri ketika lagu rasmi Israel, Hatikva dinyanyikan serta menyatakan bahawa lagu tersebut tidak mewakilinya dan dia tidak menyokong hipokrasi. Beliau juga pernah menggelarkan Tzipi Livni, Avigdor Liebermen dan Benjamin Nentayahu sebagai "...sekumpulan Fasis yang asli dan basik...".
Penyertaan Dalam Gaza Flotilla
Pada 31 Mei 2010, beliau telah menyertai kapal laut Gaza Flotilla yang dinamakan sebagai Mavi Marmara, yang menjadi sasaran utama oleh tentera Israel untuk menghentikannya, yang menyebabkan 9 orang aktivis terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera. Ketika beliau diberi peluang untuk berucap di Knesset, beliau telah mengutuk serangan yang didalangi oleh pihak Israel tersebut, dan menggesa kerajaan haram Israel agar menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan.
Zoughbi cuba dikasari oleh salah seorang ahli parlimen wanita yang berang. |
Beliau telah dicemuh serta cuba dikasari oleh beberapa ahli parlimen Zionis disana ketika menyampaikan ucapan, malahan beliau telah digesa untuk ditarik balik imunitinya sebagai ahli parlimen dan warganegara Israel oleh Menteri Dalam Negeri, Eli Yoshai dan beberapa ahli parlimen lain. Undian Knesset telah dilakukan, namun telah ditolak oleh Speaker Reuven Rivlin sebagai "...tidak menggambarkan keputusan Knesset keseluruhannya..".
Sebagai hukuman atau penalti terhadap penyertaannya di dalam Gaza Flotilla, tiga dari imunitinya sebagai ahli parlimen telah ditarik balik iaitu pasport diplomatiknya, bantuan kewangan yang sepatutnya diperolehi dan dilarang untuk melawat mana-mana negara yang tidak mempunyai hubungan dengan Israel.
No comments:
Post a Comment