Ingrid Mattson (dilahirkan pada 1963) merupakan Professor dan juga aktivis Muslim berbangsa Kanada, menjawat jawatan sebagai presiden bagi Persatuan Islam Amerika Utara (ISNA).
Dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang Katolik di Kitchener, Ontario, beliau kemudiannya mengambil jurusan Falsafah dan Seni Halus di University of Waterloo, Ontario. Beliau mula berkawan dengan beberapa Muslim dari Senegal sebelum memeluk Islam beberapa tahun kemudian dan mula memakai hijab.
Pada tahun 1987, beliau telah melancong ke Pakistan sebagai sukarelawan yang membantu warga Afghan selama beberapa tahun sebelum bertemu jodoh dengan Aamer Ate', seorang jurutera berbangsa Mesir dan mendapat dua anak.
Beliau meneruskan pembelajarannya sehingga ke peringkat Ph.D dalam jurusan Pengajian Islam dari University of Chicago pada tahun 1999. Beliau merupakan aktivis yang sangat aktif dalam memperkenalkan dan mendidik masyarakat Kanada khasnya, tentang Islam sehingga beliau diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan sebagai Pengarah di Islamic Chaplainacy dan Professor di Mcdonald Center for Islamic Studies and Christian-Muslim Relations di Hartford Seminary di Connecticut.
Pada Tahun 2001, beliau telah dilantik untuk menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden sebelum dilantik sabagai Presiden Wanita pertama ISNA. Beliau juga merupakan professor jemputan di US Naval Academy dan merupakan mualaf pertama yang diberi tanggungjawab dalam menerajui organisasi Islam terbesar di Amerika Utara itu.
Sumber : http://en.wikipedia.org
No comments:
Post a Comment